Dalam 2 minggu yang lepas,, Sony menambahkan lagi ahli keluarga Xperia mereka yang terbaru iaitu Sony Xperia C. Keluaran peranti "mid-range' ini mempunyai skrin sebesar 5 inci qHD dan menyokong multi-touch sehingga 7 jari. Mempunyai kamera sehingga 8 Megapiksel dengan 4x zoom manakala kamera depan adalah 0.3 MP dan menggunakan lensa Exmor R for mobile untuk meningkatkan lagi kualiti sesuatu imej terutama dalam keadaan yang gelap. Selain itu, Xperia C menyokong perakaman 1080p dan mempunyai kawalan suara gambar potrait. Xperia C mempunyai cip empat-teras 1.2 Ghz daripada prosessor Mediatek 8125 dan dioperasikan oleh Android 4.2 ( Jelly Bean ). Memori dalaman peranti ini adalah sebesar 4GB manakala RAM pula sebesar 1GB dan menyokong tambahan kad mikro sd sehingga 32GB. Xperia C tersedia dengan aplikasi yang menarik khas daripada Sony seperti aplikasi Walkman , 3D surround sound dan juga Clear Bass. Disamping itu, bateri Xperia C adalah 2390 mAH iaitu cukup untuk penggunaan haria biasa. Pengguna tidak perlu risau akan kehabisan bateri dengan cepat kerana Sony telah menyediakan satu aplikasi untuk menjimat penggunaan bateri iaitu STAMINA MODE. STAMINA MODE memastikan aplikasi yang tidak digunakan akan ditutup secara paksa oleh aplikasi tersebut. Xperia C merupakan peranti yang menyokong dua sim dua stanby dengan harga yang berpatutan dipasaran Malaysia iaitu RM999. Xperia C akan didatangkan dengan warna hitam, putih dan ungu.
* Warna Pilihan admin ialah ungu......tpi kenapa tiada warna merah macam Xperia L.
Spesifikasi Sony Xperia C :-
* 5 inci TFT LCD
* Android 4.2 ( Jelly Bean )
* Quad-Core 1.2 Ghz Mediatek 8125
* RAM 1GB + 4GB memori dalaman (mikro sd sehingga 32 GB)
* Bateri 2390 mAH ( Stamina Mode )
* 8 MP Exmor R for mobile (1080p) + 0.3 MP ( self-potrait sound )
* Aplikasi Walkman
* 3G Version
Video Ringkas Tentang Sony Xperia C
Sumber daripada Sony.Inc :)
No comments:
Post a Comment