Samsung Galaxy Note 3 ( Kiri ) dan Galaxy Round ( Kanan ) |
Mempunyai Kulit pada bahagian belakang macam Note 3 |
Selain fungsi pembacaan cap jari yang seumpamanya daripada Apple Iphone 5S, Samsung mengumumkan smartphone dengan skrin melengkung seumpamanya iaitu Samsung Galaxy Round. Galaxy Round merupakan "adik" kepada Note 3 kerana seluruh spesifikasinya hampir-hampir dengan Note 3. Galaxy Round mempunyai skrin yang melengkung 5.7 inci Full HD 1080p. Diintegrasikan oleh Android 4.3 (Jelly Bean) dan mempunyai cip empat-teras 2.3 Ghz daripada prosessor Qualcomm Snapdragon 800 Adreno 330. Kamera hadapan mencecah 2 MP dan kamera belakang juga mencecah sehingga 13MP dengan sokongan penggambaran High Dynamic Range ( HDR ), Touch Focus dan juga panorama. RAM Galaxy Round mencecah sehingga 3 GB dengan memori dalaman sehingga 32 GB cukup untuk membuka pelbagai tugasan sehingga 20 tugasan pada masa yang sama dengan serentak. Galaxy Round menyokong fungsi khas daripada Samsung iaitu Smart Stay, Smart Relay , Air Gesture dan sebagainya. Bateri sebesar 2800 mAH cukup untuk penggunaan harian dan juga mempunyai kerangka kulit pada bahagian belakang yang sama seperti Galaxy Note 3. Galaxy Round mempunyai dua versi iaitu versi 3G dan juga 4G LTE. Galaxy Round hanya terdapat dalam pasaran Korea sahaja buat masa ini dan mungkin akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat bergantung kepada pihak Samsung Malaysia.
* Oky ker skrin melengkung nie...admin rasa pengguna perlu membiasakan diri dgn skrin melengkung jika x biasa dgn skrin melengkung.
Spesifikasi Samsung Galaxy Round :-
* 5.7 inci Full HD
* Android 4.3 ( Jelly Bean )
* 13 MP + 2 MP
* RAM 3 GB + memori dalaman 32 GB ( mikro sd sehingga 32 GB )
* Bateri 2800 mAH
* Kerangka belakang ala-ala Kulit seperti Note 3
* 3G dan 4G LTE
* Smart Relay,,Smart Stay dan Air Gesture
*Maaf jika tersalah taip atau penggunaan bahasa..!! :) :D
No comments:
Post a Comment