Aliff Danial

My photo
My name is Aliff Danial. 17 years old. Like anime and games. Technology is the main factor who i am. Malaysian proud. :)

Saturday, 30 November 2013

ASUS Fonepad 7..!!! Tablet hiburan dan panggilan dua dalam satu..!!!

Tablet generasi kedua selepas asus fonepad generasi pertama
    Dilengkapi dua speaker pada bahagian hadapan


       Asus sedang giat mengeluarkan smartphone dan juga tablet dalam industri pasaran mereka. Yang terbaru, ASUS mengeluarkan generasi kedua tablet mereka selepas Asus Fonepad iaitu Asus Fonepad 7. Fonepad 7 dilengkapi dengan skrin 7 inci HD dan terdapat dua speaker pada bahagian bawah dan atas skrin dengan sokongan Sonicmaster untuk meningkatkan lagi kualiti bunyi pada tablet tersebut. Mempunyai kamera belakang 5 MP dan juga  kamera hadapan 1.2 MP untuk tujuan panggilan video. Fonepad mempunyai cip dua-core 1.6 Ghz dan prosessor daripada Intel Atom Z2560 yang biasa digunakan pada laptop. Peranti ini juga mempunyai teknologi Intel Hyper-Threading iaitu dapat menjalankan pelbagai tugasan dengan lancar yang sama dengan quad-core walaupun tablet ini hanyalah dual-core. RAM pula adalah sebesar 1GB dengan memori dalaman mencecah 8GB ( pasaran malaysia ) dengan sokongan kad mikro sd sehingga 32GB. Dioperasikan oleh Android 4.2 ( Jelly Bean ) dengan UI khas daripada Asus. Bateri sebesar 3950 mAH cukup untuk tontonan video dan juga melayari internet. Tablet ini juga menyokong rangkaian 3G. Ini bermakna pengguna dapat membuat panggilan dan juga melayari internet dalam satu masa. Asus Fonepad 7 telah pun berada dalam pasaran Malaysia dengan harga RM999.


Spesifikasi Asus Fonepad 7 :-
* Skrin 7 inci HD
* Android 4.2 ( Jelly Bean )
* 5 MP ( belakang ) + 1.2 MP ( hadapan )
* Dual-core 1.6 Ghz Intel Atom Z2560
* RAM 1GB + 8GB ( mikro sd sehingga 32 GB )
* Bateri 3850 mAH
* Sokongan Sonicmaster dan juga Intel Hyper-Threading
* Sokongan 3G


* Maaf jika tersalah taip atau penggunaan bahasa..!! :) :D

No comments:

Post a Comment