Aliff Danial

My photo
My name is Aliff Danial. 17 years old. Like anime and games. Technology is the main factor who i am. Malaysian proud. :)

Saturday, 30 November 2013

Smartphone khas kepada peminat volacoid..!!! Sony Xperia A Ft Hatsune Miku..!!!

Poster khas daripada fan art Hatsune Miku
Kotak pon edisi khas daripada Hatsune Miku
            Syarikat terkenal daripada jepun iaitu Docomo Inc telah pun melancarkan smartphone yang khas kepada peminat Hatsune Miku iaitu Sony Xperia A Ft Hatsune Miku. Smartphone asalnya daripada Xperia A namun direka semula dari segi UI,,theme,,ringtone dan sebagai berkaitan dengan Hatsune Miku. Skrin smartphone ini adalah sebesar 4.6 inci HD dan mempunyai wallpaper khas Hatsune Miku. Ia juga mempunyai cip quad-core 1.5 Ghz dengan prosessor daripada qualcomm snapdragon dan mempunyai RAM sebesar 2 GB dengan memori dalaman sebesar 32 GB termasuk sokongan kad mikro sd sehinggga 64 GB sudah cukup untuk memuatkan video dan juga gambar dengan banyak sekali. Selain itu, Xperia A ft Hatsune Miku didatangkan dengan resolusi iaitu 13 MP pada bahagian belakang dengan perakaman video 1080p namun kamera hadapan hanyalah 0.3 MP sedikit mengecewakan bagi admin. Disamping itu , ia dioperasikan oleh Android 4.1 ( Jelly Bean ) dan dapat memuat turun aplikasi yang percuma mahupun berbayar daripada Google Play Store. Ia juga dapat melindungi daripada habuk mahupun debu dan juga dapat direndamkan didalam air sedalam 1.5 Meter selama 30 minit kerana ia diperakui daripada IP58. Bateri sebesar 2300 mAH ternyata tidak mengecewakan kepada para pengguna dan menyokong pelbagai fungsi menarik seperti NFC , DLNA , Wifi Hotspot dan juga komunikasi infrared. Xperia A ft Hatsune Miku merupakan barang yang "limited edition" namun ia tidak dijual dinegara Malaysia sebaliknya hanya dijual dinegara Jepun sahaja.



Aplikasi khas Hatsune Miku..!! :-


Miku Home
Find Volaco-P Player
Find Your Miku 

Miku Weather
Miku Alarm
Miku Creative News


* Admin pon nak jugak...tpi tidak menyokong rangkaian dinegara Malaysia...!!! :(


Spesifikasi Xperia A ft Hatsune Miku :-
* Skrin 4.6 inci HD
* RAM 2GB + 32GB memori dalaman ( mikro sd sehingga 64 GB )
* Quad-core 1.5Ghz Qualcomm Snapdragon
* 13 MP ( belakang )+ 0.3 MP ( hadapan )
* Kalis Air Kalis Debu ( diperakui daripada IP58 )
* Bateri 2300 mAH
* Android 4.1 ( Jelly Bean )
* Aplikasi khas Hatsune Miku
* NFC , DLNA dan komunikasi infrared




* Maaf jika tersalah taip atau penggunaan bahasa..!! :) :D 

ASUS Fonepad 7..!!! Tablet hiburan dan panggilan dua dalam satu..!!!

Tablet generasi kedua selepas asus fonepad generasi pertama
    Dilengkapi dua speaker pada bahagian hadapan


       Asus sedang giat mengeluarkan smartphone dan juga tablet dalam industri pasaran mereka. Yang terbaru, ASUS mengeluarkan generasi kedua tablet mereka selepas Asus Fonepad iaitu Asus Fonepad 7. Fonepad 7 dilengkapi dengan skrin 7 inci HD dan terdapat dua speaker pada bahagian bawah dan atas skrin dengan sokongan Sonicmaster untuk meningkatkan lagi kualiti bunyi pada tablet tersebut. Mempunyai kamera belakang 5 MP dan juga  kamera hadapan 1.2 MP untuk tujuan panggilan video. Fonepad mempunyai cip dua-core 1.6 Ghz dan prosessor daripada Intel Atom Z2560 yang biasa digunakan pada laptop. Peranti ini juga mempunyai teknologi Intel Hyper-Threading iaitu dapat menjalankan pelbagai tugasan dengan lancar yang sama dengan quad-core walaupun tablet ini hanyalah dual-core. RAM pula adalah sebesar 1GB dengan memori dalaman mencecah 8GB ( pasaran malaysia ) dengan sokongan kad mikro sd sehingga 32GB. Dioperasikan oleh Android 4.2 ( Jelly Bean ) dengan UI khas daripada Asus. Bateri sebesar 3950 mAH cukup untuk tontonan video dan juga melayari internet. Tablet ini juga menyokong rangkaian 3G. Ini bermakna pengguna dapat membuat panggilan dan juga melayari internet dalam satu masa. Asus Fonepad 7 telah pun berada dalam pasaran Malaysia dengan harga RM999.


Spesifikasi Asus Fonepad 7 :-
* Skrin 7 inci HD
* Android 4.2 ( Jelly Bean )
* 5 MP ( belakang ) + 1.2 MP ( hadapan )
* Dual-core 1.6 Ghz Intel Atom Z2560
* RAM 1GB + 8GB ( mikro sd sehingga 32 GB )
* Bateri 3850 mAH
* Sokongan Sonicmaster dan juga Intel Hyper-Threading
* Sokongan 3G


* Maaf jika tersalah taip atau penggunaan bahasa..!! :) :D

Friday, 29 November 2013

Lenovo melancarkan tiga peranti terbaru mereka dalam pasaran Malaysia..!!!

        Lenovo telah melancarkan tiga peranti smartphone mereka dalam pasaran Malaysia iaitu A390, A369i dan A706. Mari kita lihat tiga model ini secara ringkasnya.

Lenovo Ideaphone A390 :



Spesifikasi Lenovo A390 :-                                                                                   Harga : RM399
* Skrin 4 inci WVGA
* 5 MP ( Belakang ) + 0.3 MP ( Hadapan )
* Dua Sim Dua Stanby
* Android 4.0 ( Ice Cream Sandwich )
* RAM 512MB + 4GB ( mikro sd sehingga 32GB )
* Dual-core 1 Ghz processor
* Bateri 1500 mAH



 Lenovo Ideaphone A369i :


Spesifikasi Lenovo A369i :-                                                                                 Harga : RM289
* Skrin 4 inci HD
* Dual-Core 1.3 Ghz
* Kamera 2 MP 
* Dua Sim Dua Stanby
* RAM 512MB + 4GB ( Mikro sd sehingga 32GB )
* Android 4.2 ( Jelly Bean )
* Bateri 1500 mAH



Lenovo Ideaphone A706 :
Lenovo IdeaPhone A706 smartphone

Spesifikasi Lenovo A706 :-                                                                                Harga : RM 599 
* Skrin 4.5 inci IPS
* Quad-Core 1.2 Ghz Qualcomm Snapdragon
* Android 4.1 ( Jelly Bean )
* Kamera 5MP ( belakang ) + 0.3 MP ( hadapan )
* Dua Sim Dua Stanby
* Dolby Digital Plus Surround
* RAM 1GB + 4GB ( Mikro sd sehingga 32GB )
* Bateri 1750 mAH




*Maaf jika tersalah taip atau penggunaan bahasa :)

Iphone 6 dikhabarkan mempunyai skrin "wraparound".....????!!!






    Setiap hari,,setiap bulan,,setiap tahun, kita tidak pernah jemu akan berita tentang smartphone dan juga teknologi. Baru-baru ini Apple telah mengejutkan seluruh negara dengan memperkenalkan pengesanan cap jari yang pertama dalam sejarah smartphone pada Iphone 5S dan kali ini, admin menerima khabar tentang konsep Iphone 6 yang akan mempunyai skrin jenis "wraparound" iaitu bahagian tepi smartphone tersebut akan mempunyai skrin. Jika pengguna hendak melaraskan volume, pengguna hanya perlu menyentuh sedikit pada bahagian tepi seperti smartphone biasa. Iphone 6 juga dikatakan bakal menggunakan skrin 4.9 inci dengan resolusi mencecah 4K ( 4096 X 2160 ). Perkara ini hanyalah khabar angin sahaja dan pihak Apple juga belum lagi mengeluarkan apa-apa tentang Iphone 6 mahupun dalaman dan juga luaran konsep smartphone tersebut.


* Skrin melengkung dah ada...Kali ni skrin jenis "wraparound".....Lepas nie ape??? hehehe


*Maaf jika tersalah taip ataupun penggunaan bahasa

Thursday, 28 November 2013

Samsung Galaxy Round.....!!! Skrin melengkung yang pertama seumpamanya dalam pasaran smartphone..!!!

Samsung Galaxy Note 3 ( Kiri ) dan Galaxy Round ( Kanan )

Mempunyai Kulit pada bahagian belakang macam Note 3




        Selain fungsi pembacaan cap jari yang seumpamanya daripada Apple Iphone 5S, Samsung mengumumkan smartphone dengan skrin melengkung seumpamanya iaitu Samsung Galaxy Round. Galaxy Round merupakan "adik" kepada Note 3 kerana seluruh spesifikasinya hampir-hampir dengan Note 3. Galaxy Round mempunyai skrin yang melengkung 5.7 inci Full HD 1080p. Diintegrasikan oleh Android 4.3 (Jelly Bean) dan mempunyai cip empat-teras 2.3 Ghz daripada prosessor Qualcomm Snapdragon 800 Adreno 330. Kamera hadapan mencecah 2 MP dan kamera belakang juga mencecah sehingga 13MP dengan sokongan penggambaran High Dynamic Range ( HDR ), Touch Focus dan juga panorama. RAM Galaxy Round mencecah sehingga 3 GB dengan memori dalaman sehingga 32 GB cukup untuk membuka pelbagai tugasan sehingga 20 tugasan pada masa yang sama dengan serentak. Galaxy Round menyokong fungsi khas daripada Samsung iaitu Smart Stay, Smart Relay , Air Gesture dan sebagainya. Bateri sebesar 2800 mAH cukup untuk penggunaan harian dan juga mempunyai kerangka kulit pada bahagian belakang yang sama seperti Galaxy Note 3. Galaxy Round mempunyai dua versi iaitu versi 3G dan juga 4G LTE. Galaxy Round hanya terdapat dalam pasaran Korea sahaja buat masa ini dan mungkin akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat bergantung kepada pihak Samsung Malaysia.


* Oky ker skrin melengkung nie...admin rasa pengguna perlu membiasakan diri dgn skrin melengkung jika x biasa dgn  skrin melengkung.




Spesifikasi Samsung Galaxy Round :-
* 5.7 inci Full HD
* Android 4.3 ( Jelly Bean )
* 13 MP + 2 MP
* RAM 3 GB + memori dalaman 32 GB ( mikro sd sehingga 32 GB )
* Bateri 2800 mAH
* Kerangka belakang ala-ala Kulit seperti Note 3
* 3G dan 4G LTE
* Smart Relay,,Smart Stay dan Air Gesture



*Maaf jika tersalah taip atau penggunaan bahasa..!! :) :D

Smartphone Android Dengan Pengesanan Cap Jari........!!! HTC One MAX...!!!!

Skrin 5.9 inci Full HD dengan dua speaker dihadapan

Mempunyai Pengesanan Cap Jari pada bahagian belakang

    HTC secara rasminya telah melancarkan Smartphone android dengan pengesanan cap jari yang sama dengan Iphone 5S iaitu HTC One Max. Pelancaran smartphone ini menghangatkan lagi pertempuran diantara Apple dan HTC. HTC One Max mempunyai skrin 5.9 inci Full HD dengan rangkaian 4G LTE dan juga 3G. Manakala dihadapan smartphone terdapat dua speaker yang dipanggil HTC BoomSound iaitu dapat menguatkan lagi bunyi kekuatan speaker walaupun dikawasan yang bising. Kamera juga nyata tidak mengecewakan kerana mempunyai resolusi sehingga  4 Ultrapiksel dan kamera hadapan mencecah 2.1 MP. Penggunaan teknologi ultrapiksel adalah lebih baik berbanding penggunaan megapiksel. Didatangkan dengan Android 4.2 ( Jelly Bean ) dengan penggunaan HTC Sense 5.5 dan HTC BlinkFeed. Mempunyai cip empat-teras 1.7 Ghz dan prosessor daripada Qualcomm Snapdragon 600 mampu menjalankan pelbagai tugasan dengan lancar dan sempurna. RAM sebesar 2GB dan memori dalaman sebesar 16GB mampu memuatkan pelbagai aplikasi daripada Google Play. HTC One Max mempunyai teknologi NFC dan DLNA untuk memaparkan kandungan daripada phablet tersebut kepada televisyen. Bateri sebesar 3300 mAH mampu membuatkan pengguna menggunakan phablet ini dengan jangka masa yang panjang tanpa risau akan kehausan bateri. HTC One Max dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan harga anggaran RM 2200.


* Admin rasa perang paten bakal berlaku lagi diantara HTC dan Apple.....pengesanan mata tiada ke untuk unlock phone.....yand admin tahu ada smart stay je daripada Samsung...!! hehehe...


Spesifikasi HTC One Max :-
* Skrin 5.9 inci Full HD
* HTC BoomSound
* RAM 2 GB + Memori Dalaman 16 GB ( Mikro SD sehingga 64 GB)
* 4 UltraPiksel ( belakang ) dan 2.1 MegaPiksel ( hadapan )
* Pengesanan cap jari untuk lock dan unlock smartphone
* Quad-Core 1.7 Ghz Qualcomm Snapdragon 600
* Bateri 3300 mAH   
* Near Field Communication ( NFC ) dan DLNA
* Android 4.2 ( Jelly Bean )


*Maaf jika tersalah taip atau penggunaan bahasa...!! :) :D

Wednesday, 27 November 2013

Sony Xperia C...!!! Dua Sim,,Empat-Teras,,Skrin 5 inci dan Harga yang berpatutan...!!!!




    Dalam 2 minggu yang lepas,, Sony menambahkan lagi ahli keluarga Xperia mereka yang terbaru iaitu Sony Xperia C. Keluaran peranti "mid-range' ini mempunyai skrin sebesar 5 inci qHD dan menyokong multi-touch sehingga 7 jari. Mempunyai kamera sehingga 8 Megapiksel dengan 4x zoom manakala kamera depan adalah 0.3 MP dan menggunakan lensa Exmor R for mobile untuk meningkatkan lagi kualiti sesuatu imej terutama dalam keadaan yang gelap. Selain itu, Xperia C menyokong perakaman 1080p dan mempunyai kawalan suara gambar potrait. Xperia C mempunyai cip empat-teras 1.2 Ghz daripada prosessor Mediatek 8125 dan dioperasikan oleh Android 4.2 ( Jelly Bean ). Memori dalaman peranti ini adalah sebesar 4GB manakala RAM pula sebesar 1GB dan menyokong tambahan kad mikro sd sehingga 32GB. Xperia C tersedia dengan aplikasi yang menarik khas daripada Sony seperti aplikasi Walkman , 3D surround sound dan juga Clear Bass. Disamping itu, bateri Xperia C adalah 2390 mAH iaitu cukup untuk penggunaan haria biasa. Pengguna  tidak perlu risau akan kehabisan bateri dengan cepat kerana Sony telah menyediakan satu aplikasi untuk menjimat penggunaan bateri iaitu STAMINA MODE. STAMINA MODE memastikan aplikasi yang tidak digunakan akan ditutup secara paksa oleh aplikasi tersebut. Xperia C merupakan peranti yang menyokong dua sim dua stanby dengan harga yang berpatutan dipasaran Malaysia iaitu RM999. Xperia C akan didatangkan dengan warna hitam, putih dan ungu.


* Warna Pilihan admin ialah ungu......tpi kenapa tiada warna merah macam Xperia L.


  Spesifikasi Sony Xperia C :-
* 5 inci TFT LCD
* Android 4.2 ( Jelly Bean )
* Quad-Core 1.2 Ghz Mediatek 8125
* RAM 1GB + 4GB memori dalaman (mikro sd sehingga 32 GB)
* Bateri 2390 mAH ( Stamina Mode )
* 8 MP Exmor R for mobile (1080p) + 0.3 MP ( self-potrait sound )
* Aplikasi Walkman
* 3G Version

Video Ringkas Tentang Sony Xperia C 



Sumber daripada Sony.Inc :)

Tuesday, 26 November 2013

Apple Ipad Mini 2....Apple Ipad Air..!!! Saingan Galaxy Tab 3 8.0 dan 10.1...???!!!



    Selepas pelancaran tablet daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy Tab 3 7.0, 8.0 dan 10.0, Apple tidak juga ketinggalan dan telahpun melancarkan dua peranti baru mereka secara serentak iaitu Apple Ipad Mini 2 dan Apple Ipad Air. Skrin Ipad Mini 2 besaiz 7.9 inci manakala Ipad Air bersaiz 9.7 inci. Kedua-dua tablet ini dioperasikan oleh IOS 7 iaitu OS terkini daripada pihak Apple dan sama-sama mempunyai RAM sebanyak 1 GB dan memori dalaman sebanyak 16/32/64/128 GB dan dipacukan oleh prosessor Apple A7. Kedua-dua tablet ini juga mempunyai kamera 5 MP Full HD dan Kamera depan yang sama iaitu 1.2 MP untuk tujuan Facetime. Bateri pada Ipad Air ialah 8820 mAH manakala pada Ipad Mini 2 tidak dinyatakan. Kedua-dua tablet tersebut akan dilancarkan dalam dua rangkaian iaitu rangkaian 3G dan 4G.


Spesifikasi Apple Ipad Mini 2 :-
7.9 inci IPS LCD Full HD
* Kamera 5MP dan 1.2 MP 
* RAM 1GB dan 16/32/64/128 GB memori dalaman
* IOS 7
* Apple A7 Dual-Core
* 3G dan 4G LTE
* Bateri tidak dinyatakan

Spesifikasi Apple Ipad Air :- 
* 9.7 inci IPS LCD Full HD
* Kamera 5MP (belakang) dan 1.2 MP (depan)
* IOS 7
* Dual-Core Apple A7
* RAM 1GB dan 16/32/64/128 GB memori dalaman
* 3G dan 4G LTE
* Bateri mencecah 8820 mAH
* Nano-Sim




*Maaf Jika tersalah taip atau penggunaan bahasa..!! :)

Desas-Desus tentang kemunculan Grand Theft Auto : San Andreas kepada Android, WP dan IOS

GTA:SA pernah menjadi salah sebuah Video Games Yg Terbaik Oleh Rockstar


     Sebelum ini Rockstar pernah melancarkan GTA 3 dan GTA : Vice City kepada pelantar telefon. Kali ini GTA : San Andreas bakal memasuki didalam dunia permainan video telefon. Disamping kesibukan dalam memasarkan game terbaru mereka iaitu Grand Theft Auto 5, Rockstar tidak pernah lupa untuk mengeluarkan game yang pernah disambut hangat iaitu Grand Theft Auto : San Andreas oleh para penggemar video game pada tahun 2004 daripada pelantar PS2 (pada tahun tersebut) kepada pelantar Android, IOS dan Window Phones. Admin mendengar khabar bahawa rockstar sedang bertungkus-lumus untuk mengeluarkan permainan kepada pelantar tersebut dan dijangka akan membuat penampilan kepada pelantar tersebut dalam masa yang terdekat....!! :D


*Admin Harap2 ia Free...dan dapat menggunakan dengan sokongan kawalan wireless konsol PlayStation 3....hehehe




*Maaf jika tersalah taip atau penggunaan bahasa

Phablet Pertama Daripada Nokia..!!! Nokia Lumia 1520...!!!!!

Nokia Lumia 1520 mempunyai skrin 6 inci 
Mempunyai Kamera 20 MegaPiksel Dan Pureview

   Pernahkah anda terfikir untuk mencari dan inginkan Window Phone yang bersaiz seperti Note 3??? Jika Ya,, Nokia Lumia 1520 merupakan phablet yang anda cari. Ini kerana ia mempunyai skrin 6 inci Full HD dengan Corning Gorilla Glass 2 dan juga dapat memaparkan paparan dengan terang sekali walaupun dibawah cahaya matahari. Nokia Lumia 1520 didatangkan dengan kamera dengan resolusi mencecah 20 MP pureview dengan dua lampu flash dan mempunyai aplikasi daripada nokia iaitu "Nokia StoryTeller" yang membolehkan pengguna membuat album sendiri. Selain Itu, Lumia 1520 mempunyai sistem operasi (OS) yang terkini daripada Window iaitu Window Phone 8 dengan fungsi menarik seperti Live Tile X-Box Live dan People Hub. Nokia Lumia 1520 terbina dengan aplikasi sedia ada seperti Microsoft Office, Office 365 dan Microsoft Exchange. Disamping itu, ia mempunyai cip empat-teras 2.2 Ghz dan prosessor daripada Qualcomm Snapdragon 800. Mempunyai RAM sebesar 2 GB dan memori dalaman sebanyak 64 GB dengan sokongan memori tambahan micro sd sehingga 64 GB termasuk 7 GB Cloud Storage. Bateri Nokia Lumia 1520 tidak mengecewakan kerana mempunyai kapasiti sebanyak 3400 mAH dan menyokong pengecasan wireless. Phablet ini telah pun dijual dinegara Malaysia dengan harga dijangka RM2300.

*Window Phone OS berada ditangga ketiga dalam dunia OS dibelakang IOS dan Android yang semakin        meningkat....


Spesifikasi Nokia Lumia 1520 :-
* Quad-core 2.2Ghz Qualcomm Snapdragon 800
* Kamera 20MP Pureview dan dua lampu flash
* Kamera Hadapan = 1.2 MP (720p HD recording)
* RAM 2 GB + 64 GB memori dalaman (mikro sd sehingga 64GB) 
* 7 GB Cloud Storage
* 6 inci Full HD Corning Gorilla Glass 2
* Bateri 3400 mAH dan menyokong pengecasan wireless
* Window Phone OS 8
* Nokia HereMaps
* Aplikasi sedia ada seperti Internet Explorer 10, X-Box Live dan People Hub




*Maaf jika tersalah taip ataupun penggunaan bahasa :)

Kemunculan Samsung Galaxy Grand 2...!!!!


Samsung Galaxy Grand 2


           Sepertimana dimaklumkan bahawa Samsung pernah menyatakan ingin mengeluarkan Galaxy Grand 2 pada 3 bulan yang lepas dan sekarang telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Samsung. Grand 2 merupakan peningkatan kepada Grand yang pertama. Grand 2 mempunyai skrin bersaiz 5.25 inci iaitu besar 0.25 inci drp Grand yang mempunyai skrin 5 inci. Selain itu,ia dilengkapi dengan cip empat-teras 1.2 ghz dan prosessor tidak diumumkan. Galaxy Grand 2 dilengkapi dengan kamera belakang sebesar 8 MP dan dapat merakam video Full HD 1080p. Sesiapa yang ingin mengambil gambar sendiri (self-potrait) tidak perlu bimbang akan kekaburan gambar kerana kamera depan mencecah 1.9 MP dan dapat membuat panggilan video ataupon mengambil gambar sendiri dengan cepat dan cantik. Memori dalaman (RAM) sebesar 1.5 GB dan memori dalaman Grand 2 mencecah sehingga 8 GB dan pengguna dapat menambahkan memori tambahan micro sd sehingga 64 GB. Disamping itu, Galaxy Grand 2 didatangkan dengan Android 4.3 (Jelly Bean) dan juga mempunyai kerangka belakang seperti Note 3 iaitu ala-ala kulit. Bateri pada Grand 2 telah pun ditingkatkan kepada 2600 mAH berbanding Grand generasi pertama yang mempunyai 2100 mAH. Akhir sekali, Grand 2 dicipta untuk seseorang pengguna yang mempunyai 2 sim dan ingin menggunakan dalam satu tepon pada masa yang sama kerana Grand 2 menyokong fungsi dual sims dual stanby. Phablet ini dijangkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Grand 2 dijangka akan didatangkan dengan warna Putih , Hitam dan Pink....!!!!

*Pink tu warna baru ker???? hihihihi


Spesifikasi Samsung Galaxy Grand 2 :-
* Quad-core 1.2 Ghz
* 5.25 inci HD 720p 
* Kamera 8 MP (belakang) 1.9MP (depan)
* Bateri 2600 mAH
* Kerangka belakang Ala-ala kulit seperti Note 3
* Dua sim Dual stanby
* 1.5 GB RAM + 8 GB (micro sd sehingga 64 GB)
* Android 4.3 (Jelly Bean)

Monday, 25 November 2013

Lenovo Ideatab A3000 Specs



  Lenovo Ideatab A3000 merupakan sebuah tablet yang sangat sesuai kepada seseorang yang inginkan sesebuah peranti mudah alih yang besar. Lenovo Ideatab A3000 dilengkapi dengan cip empat-teras 1.2 ghz dengan prosessor daripada mediatek 8389. Skrin pula bersaiz 7 inci dan menggunakan IPS LCD WSVGA (1024 X 600) dimana ia sangat sesuai untuk tontonan video dan juga bermain permainan Android. Ia juga mempunyai RAM sebesar 1GB dimana semua aplikasi dengan lancar. Selain itu,memori dalaman tablet ini tidak mengecewakan kerana ia mempunyai memori dalaman sebesar 16 GB dan menyokong memori tambahan micro sd sebesar 64 GB. Disamping Itu, Lenovo Ideatab A3000 didatangkan dengan Android 4.2 (Jelly Bean) dimana ia merupakan Android yang terkini daripada Google. Ia juga mempunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 3500 mAH dan cukup untuk pernggunaan selama 4 hari dan masa stanby selama 2 minggu. Akhir sekali, kepada yang inginkan tablet yang boleh membuat panggilan, Lenovo Ideatab A3000 merupakan tablet yang sesuai kerana ia menyokong fungsi 2 sim 2 stanby dimana 1 sim untuk 3G (panggilan + internet) dan 1 lagi untuk 2G (panggilan sahaja).

  Lenovo Ideatab A3000 sudah pun dilancarkan di Malaysia secara rasmi oleh pihak Lenovo Malaysia dengan harga dimulakan pada RM699. :)



Lenovo Ideatab A3000 Specs :-
* Quad-Core 1.2Ghz MediaTek 8389
* 5MP Rear Camera AF + 0.3 MP Front Camera (1080p Video Recording)
* 7 Inches IPS LCD (1028 X 600) 170 PPI
* Android OS (Jelly Bean) 4.2
* 1GB RAM + 16 GB Internal (MicroSD Up To 64 GB)
* 1 Cell Baterry 3500 mAH
* 2 SIMS (3G + 2G)



*maaf jika salah taip ataupun penggunaan bahasa :) :D