Aliff Danial

My photo
My name is Aliff Danial. 17 years old. Like anime and games. Technology is the main factor who i am. Malaysian proud. :)

Monday, 20 January 2014

Samsung Galaxy S4 Active . Kalis Air Kalis Debu IP67


                                                                                                     

       Samsung Galaxy S4 Active 


Skrin 5 inci Full HD
Kalis Air Dan Debu ( Diperakui IP67 )







Disediakan dalam 3 warna yang berbeza



Samsung memperkenalkan peranti High-End mereka yang bersifat kalis air dan kalis debu. Ia diperakui daripada IP 67 iaitu Samsung Galaxy S4 Active. Ramai pihak mengatakan bahawa ia adalah pencabar utama Sony Xperia Z yang juga bersifat kalis air dan debu

Prosessor :- 
Samsung Galaxy S4 Active mempunyai cip empat-teras yang berkelajuan 1.9Ghz. Ia menggunakan prosessor daripada Qualcomm Snapdragon 600 dan GPU daripada Adreno 320. Ia merupakan sebuah prosessor yang hebat dan banyak digunakan untuk tujuan menjalankan "multitasking" dengan lancar.

Skrin :- 
Peranti ini mempunyai skrin sebesar 5 inci dengan TouchWiz UI dan resolusi mencecah Full HD ( 1920 x 1080 ). Kepadatan piksel juga adalah 441 ppi dimana paparan tetap terang walaupun berada dibawah cahaya matahari yang terang. Skrin yang besar bermakna pengguna dapat menonton video dan bermain permainan android dengan selesa sekali.

Kamera :- 
Kamera pada Samsung Galaxy S4 Active serba sedikit berubah daripada Galaxy S4. Resolusi kamera S4 Active ialah 8MP berbanding S4 yang mempunyai 13MP. Namun, ia masih mengekalkan mode pergambaran yang sama seperti S4 iaitu Drama Shot , Sound and Shot dan HDR. Justeru, Samsung menambahkan satu lagi mode khas kepada S4 Active iaitu Aqua Mode dimana pengguna dapat menangkap gambar dan video didalam air.

Android OS :- 
Samsung Galaxy S4 Active didatangkan dengan Android 4.2.2 ( Jelly Bean ). Ia juga didatangkan dengan Touchwiz UI khas daripada Samsung dan juga aplikasi yang tersedia ada seperti Gmail , Game Hub dan sebagainya.

Memori :- 
Peranti ini mempunyai RAM yang besar iaitu 2GB yang bertujuan untuk "multitasking" yang lancar. Selain itu, memori dalaman pula ialah 16GB dan dianggarkan terdapat 11GB untuk digunakkan oleh pengguna. Jika memori dalaman tidak mencukupi,,usah risau kerana S4 Active ini menyokong kad tambahan Mikro SD sehingga 64GB.

Bateri :- 
Bateri pada Galaxy S4 Active ialah sebesar 2600 mAH Li-ion. Ia masih lagi dapat dikatakan dalam tahap yang memuaskan untuk aktiviti penggunaan harian. Disamping itu, untuk mengelakkan bateri daripada cepat habis , pengguna dapat mengaktifkan fungsi Power Saving Mode untuk menjimatkan lagi bateri daripada cepat habis.

Kalis Air dan Debu ( Diperakui IP 67 ) :- 
Selain Sony Xperia Z , ZR dan Z1 dimana ketiga-tiga model ini peranti kalis air dan debu. Samsung Galaxy S4 Active juga merupakan peranti kalis air dan debu. Ia diperakui daripada IP 67. Galaxy S4 Active dapat direndamkan didalam air sedalam 1 meter selama 30 minit.

Rangkaian :- 
Samsung Galaxy S4 Active akan didapati dalam versi 3G dan dua versi 4G iaitu 4G LTE dan 4G LTE-A. Versi 4G LTE-A merupakan peningkatan dari segi prosessor dan kelajuan HSPA berbanding 4G LTE. 


Spesifikasi Samsung Galaxy S4 Active :-                                                                               RM 1699
* Skrin 5 inci Full HD  
* Android 4.2.2 ( Jelly Bean ) 
* Quad-core 1.9 Ghz Qualcomm Snapdragon 600 Adreno 320 
* Kamera 8MP ( belakang ) + 1.9MP ( hadapan ) 
* Perakaman 1080p 
* RAM 2GB 
* Memori dalaman 16GB ( 11GB disediakan ) + kad mikro sd sehingga 64GB 
* Bateri 2600 mAH 
* Mod Aqua untuk penggambaran didalam air 
* Kalis Air dan Debu ( diperakui IP 67 )

Untuk Maklumat Lanjut ----->  http://www.phonearena.com/phones/Samsung-Galaxy-S4-Active_id7840

                                           
                                                                      Video Review Samsung Galaxy S4 Active




Sumber Maklumat Daripada GSM Arena
Sumber Video Daripada PhoneArena

Wednesday, 11 December 2013

Alcatel One Touch Idol Mini....!!! Saiz Yang Kecil Lagi Berkuasa..!!!l


Alcatel One Touch Idol Mini       



Dapat mengisi sebanyak 5 halaman pada ruangan home   
Mempunyai Skrin 4.3 inci

         Syarikat pembuat handphone daripada perancis iaitu Alcatel telah melancarkan smartphone mereka berkategori "middle-end" iaitu Alcatel One Touch Idol Mini. Ia adalah adik kepada One Touch Idol dengan spesifikasi hampir sama namun terdapat beberapa perubahan dari segi saiz skrin , kapasiti bateri dan sebagainya.

Prosessor :-
Prosessor One Touch Idol Mini adalah dua-teras 1.3Ghz dengan prosessor daripada Mediatek MT6572 yang dikatakan menjimatkan penggunaan bateri dan GPU daripada Mali-400. Ia sangat sesuai untuk menjalankan beberapa aplikasi secara serentak dan juga masalah lagging tidak sama sekali akan berlaku.

Skrin :-
Skrin One Touch Idol Mini ialah 4.3 inci iaitu lebih kecil daripada One Touch Idol iaitu 4.66 inci. Walaupun skrin dikecilkan, namun kualiti dan kejelasan tetap tajam dan dapat memainkan video HD (720p) walaupun skrin resolusi hanyalah WVGA ( 480 x 854 ). Ia juga menyokong multi touch sehingga 5 jari dan kaca skrin dilitupi dengan "oleophobic coating" yang membuatkan skrin tahan calar dan goresan.

Kamera :-
Resolusi kamera One Touch Idol Mini ialah 5MP disertakan dengan lampu flash LED, Ia tetap menyediakan fungsi yang menyeluruh seperti touch focus, panorama, smile detection dan juga perakaman HD 720p. Pengguna yang gemar akan menggunakan panggilan video, usah risau kerana One Touch Idol Mini juga dilengkapi dengan kamera hadapan beresolusi 0.3MP untuk pengguna melakukan panggilan video.

Android OS :-
Alcatel One Touch Idol Mini didatangkan dengan Android 4.2.2 ( Jelly Bean ) dan aplikasi khas daripada Alcatel.

Memori :-
RAM pada peranti adalah 512MB dan ini mungkin mengecewakan sedikit kepada pengguna dan mungkin berhadapan masalah freeze pada sesetengah aplikasi. Memori dalaman peranti ini adalah 4GB dan ia cukup untuk meletakkan aplikasi sebanyak yang mungkin. Disamping itu, ia turut menyediakan sokongan kad mikro sd sehingga 32GB untuk tambahan memori.

Bateri :-
Bateri peranti ini adalah sebesar 1700 mAH dan sangat sesuai untuk penggunaan harian namun kepada pengguna yang jenis mengutamakan bermain games dan juga melayari internet mungkin serba sedikit mempercepatkan kehabisan bateri.


Spesifikasi Alcatel One Touch Idol Mini :-                                                                               RM 599
* Skrin 4.3 inci WVGA
* Android 4.2 ( Jelly Bean )
* Dual-core 1.3Ghz Mediatek 6572
* Kamera 5MP ( belakang ) + 0.3MP ( hadapan )
* Perakaman HD (720p)
* RAM 512MB
* 4GB internal ( mikro sd sehingga 32GB )
* Bateri 1700 mAH

Untuk Maklumat Lanjut -------> http://www.gsmarena.com/alcatel_one_touch_idol_mini-5669.php


                                               
                                                       Video ringkas tentang Alcatel One Touch Idol Mini


Sumber Daripada GSMArena
Video Daripada Amanz.Com

Saturday, 7 December 2013

LENOVO A850....Phablet Terhandal "Series" A Daripada Lenovo...!!!


Lenovo Ideaphone A850


Skrin 5.5 inci sesuai untuk tontonan video dan bermain games

Hanya terdapat butang volume pada sisi kanan manakala tiada apa-apa pada sisi kiri
Mempunyai 3.5mm Earjack dan butang ON/OFF pada bahagian atas
manakala bahagian bawah hanya terdapat port untuk mengecas dan file transfer.


        Lenovo semakin kerap memasukkan smartphone mereka kedalam pasaran Malaysia dan yang terbaru pihak Lenovo melancarkan phablet mereka seumpamanya iaitu Lenovo A850. Dilengkapi dengan skrin 5.5 inci yang sesuai untuk tontonan video mahupun permainan, kamera 5 MP, cip empat-teras, dan juga bateri yang tahan lama.

Processor :-
Dilengkapi dengan cip empat-teras 1.3 Ghz daripada prosessor Mediatek 6582 dengan GPU PowerVR SGX544. Cip empat-teras sangat cukup dan berkuasa untuk menjalankan pelbagai aplikasi yang berat dan juga masalah lagging tidak jadi masalah bagi peranti ini.

Skrin :-
Skrin sebesar 5.5 inci beresolusi  qHD (540 x 960) sudah cukup untuk para pengguna menikmati tontonan video dan juga bermain permainan video dengan selesa. Ia juga dapat menayangkan video mahupun gambar dengan skrin IPS mahupun dari sudut yang berlainan dengan sokongan 178 darjah.

Kamera :-
Kamera pada Lenovo A850 tidak mengecewakan kepada para pengguna kerana ia mempunyai resolusi kamera mencecah sehingga 5MP dengan sokongan Geo-tangging, Touch Focus dan juga perakaman HD (720p). Kamera hadapan hanyalah beresolusi 0.3 MP dan ia sangat berguna untuk tujuan panggilan video seperti Skype dan juga mengambil gambar sendiri.

Android OS :-
Lenovo A850 didatangkan dengan Android 4.2.2 ( Jelly Bean ) iaitu OS daripada Google Inc. Android 4.2.2 membawakan antaramuka kamera yang baharu, paparanmuka "keyboard" yang baharu dan juga sistem terkini Google seperti Google Now , Google Maps dan sebagainya. Tambahan pula, pengguna dapat menggunakan GPS walaupun tiada sambungan internet.

Memori :-
Peranti ini mempunyai RAM sebesar 1GB yang cukup untuk menjalankan pelbagai aplikasi tanpa sebarang masalah dan juga mempunyai memori dalaman mencecah 4GB yang dapat memuatkan pelbagai aplikasi daripada Google PlayStore. Ia juga menyokong sokongan kad mikro sd sehingga 32GB dimana pengguna tidak perlu risau lagi akan kekurangan memori.

Bateri :-
Bateri pada Lenovo A850 adalah sebesar 2250 mAH yang cukup untuk tontonan video selama 6 jam tanpa henti dan juga masa bual yang panjang dengan rakan-rakan anda.

Dua Sim Dua Stanby :-
Lenovo selalu megeluarkan smartphone yang menyokong dua sim dua stanby dan Lenovo A850 adalah salah satu daripada golongan tersebut dimana anda dapat menggunakan dua nombor dalam satu handphone.


Spesifikasi Lenovo A850 :-                                                                                   Harga : RM 699
* Skrin 5.5 inci qHD
* Android 4.2.2 ( Jelly Bean )
* Quad-Core 1.3 Ghz Mediatek 6582
* Kamera 5MP ( belakang ) dan 0.3 MP ( hadapan )
* Perakaman HD ( 720p )
* RAM 1GB
* 4GB Internal  ( mikro sd sehingga 32GB)
* Dua sim dua stanby
* Bateri 2250 mAH
* Penggunaan GPS secara offline


Untuk Maklumat Lanjut ----> http://shopap.lenovo.com/my/en/smartphones/a-series/a850/#techspecs


Video tentang Lenovo Ideaphone A850 




Sumber Daripada Lenovo Malaysia :)

Saturday, 30 November 2013

Smartphone khas kepada peminat volacoid..!!! Sony Xperia A Ft Hatsune Miku..!!!

Poster khas daripada fan art Hatsune Miku
Kotak pon edisi khas daripada Hatsune Miku
            Syarikat terkenal daripada jepun iaitu Docomo Inc telah pun melancarkan smartphone yang khas kepada peminat Hatsune Miku iaitu Sony Xperia A Ft Hatsune Miku. Smartphone asalnya daripada Xperia A namun direka semula dari segi UI,,theme,,ringtone dan sebagai berkaitan dengan Hatsune Miku. Skrin smartphone ini adalah sebesar 4.6 inci HD dan mempunyai wallpaper khas Hatsune Miku. Ia juga mempunyai cip quad-core 1.5 Ghz dengan prosessor daripada qualcomm snapdragon dan mempunyai RAM sebesar 2 GB dengan memori dalaman sebesar 32 GB termasuk sokongan kad mikro sd sehinggga 64 GB sudah cukup untuk memuatkan video dan juga gambar dengan banyak sekali. Selain itu, Xperia A ft Hatsune Miku didatangkan dengan resolusi iaitu 13 MP pada bahagian belakang dengan perakaman video 1080p namun kamera hadapan hanyalah 0.3 MP sedikit mengecewakan bagi admin. Disamping itu , ia dioperasikan oleh Android 4.1 ( Jelly Bean ) dan dapat memuat turun aplikasi yang percuma mahupun berbayar daripada Google Play Store. Ia juga dapat melindungi daripada habuk mahupun debu dan juga dapat direndamkan didalam air sedalam 1.5 Meter selama 30 minit kerana ia diperakui daripada IP58. Bateri sebesar 2300 mAH ternyata tidak mengecewakan kepada para pengguna dan menyokong pelbagai fungsi menarik seperti NFC , DLNA , Wifi Hotspot dan juga komunikasi infrared. Xperia A ft Hatsune Miku merupakan barang yang "limited edition" namun ia tidak dijual dinegara Malaysia sebaliknya hanya dijual dinegara Jepun sahaja.



Aplikasi khas Hatsune Miku..!! :-


Miku Home
Find Volaco-P Player
Find Your Miku 

Miku Weather
Miku Alarm
Miku Creative News


* Admin pon nak jugak...tpi tidak menyokong rangkaian dinegara Malaysia...!!! :(


Spesifikasi Xperia A ft Hatsune Miku :-
* Skrin 4.6 inci HD
* RAM 2GB + 32GB memori dalaman ( mikro sd sehingga 64 GB )
* Quad-core 1.5Ghz Qualcomm Snapdragon
* 13 MP ( belakang )+ 0.3 MP ( hadapan )
* Kalis Air Kalis Debu ( diperakui daripada IP58 )
* Bateri 2300 mAH
* Android 4.1 ( Jelly Bean )
* Aplikasi khas Hatsune Miku
* NFC , DLNA dan komunikasi infrared




* Maaf jika tersalah taip atau penggunaan bahasa..!! :) :D 

ASUS Fonepad 7..!!! Tablet hiburan dan panggilan dua dalam satu..!!!

Tablet generasi kedua selepas asus fonepad generasi pertama
    Dilengkapi dua speaker pada bahagian hadapan


       Asus sedang giat mengeluarkan smartphone dan juga tablet dalam industri pasaran mereka. Yang terbaru, ASUS mengeluarkan generasi kedua tablet mereka selepas Asus Fonepad iaitu Asus Fonepad 7. Fonepad 7 dilengkapi dengan skrin 7 inci HD dan terdapat dua speaker pada bahagian bawah dan atas skrin dengan sokongan Sonicmaster untuk meningkatkan lagi kualiti bunyi pada tablet tersebut. Mempunyai kamera belakang 5 MP dan juga  kamera hadapan 1.2 MP untuk tujuan panggilan video. Fonepad mempunyai cip dua-core 1.6 Ghz dan prosessor daripada Intel Atom Z2560 yang biasa digunakan pada laptop. Peranti ini juga mempunyai teknologi Intel Hyper-Threading iaitu dapat menjalankan pelbagai tugasan dengan lancar yang sama dengan quad-core walaupun tablet ini hanyalah dual-core. RAM pula adalah sebesar 1GB dengan memori dalaman mencecah 8GB ( pasaran malaysia ) dengan sokongan kad mikro sd sehingga 32GB. Dioperasikan oleh Android 4.2 ( Jelly Bean ) dengan UI khas daripada Asus. Bateri sebesar 3950 mAH cukup untuk tontonan video dan juga melayari internet. Tablet ini juga menyokong rangkaian 3G. Ini bermakna pengguna dapat membuat panggilan dan juga melayari internet dalam satu masa. Asus Fonepad 7 telah pun berada dalam pasaran Malaysia dengan harga RM999.


Spesifikasi Asus Fonepad 7 :-
* Skrin 7 inci HD
* Android 4.2 ( Jelly Bean )
* 5 MP ( belakang ) + 1.2 MP ( hadapan )
* Dual-core 1.6 Ghz Intel Atom Z2560
* RAM 1GB + 8GB ( mikro sd sehingga 32 GB )
* Bateri 3850 mAH
* Sokongan Sonicmaster dan juga Intel Hyper-Threading
* Sokongan 3G


* Maaf jika tersalah taip atau penggunaan bahasa..!! :) :D

Friday, 29 November 2013

Lenovo melancarkan tiga peranti terbaru mereka dalam pasaran Malaysia..!!!

        Lenovo telah melancarkan tiga peranti smartphone mereka dalam pasaran Malaysia iaitu A390, A369i dan A706. Mari kita lihat tiga model ini secara ringkasnya.

Lenovo Ideaphone A390 :



Spesifikasi Lenovo A390 :-                                                                                   Harga : RM399
* Skrin 4 inci WVGA
* 5 MP ( Belakang ) + 0.3 MP ( Hadapan )
* Dua Sim Dua Stanby
* Android 4.0 ( Ice Cream Sandwich )
* RAM 512MB + 4GB ( mikro sd sehingga 32GB )
* Dual-core 1 Ghz processor
* Bateri 1500 mAH



 Lenovo Ideaphone A369i :


Spesifikasi Lenovo A369i :-                                                                                 Harga : RM289
* Skrin 4 inci HD
* Dual-Core 1.3 Ghz
* Kamera 2 MP 
* Dua Sim Dua Stanby
* RAM 512MB + 4GB ( Mikro sd sehingga 32GB )
* Android 4.2 ( Jelly Bean )
* Bateri 1500 mAH



Lenovo Ideaphone A706 :
Lenovo IdeaPhone A706 smartphone

Spesifikasi Lenovo A706 :-                                                                                Harga : RM 599 
* Skrin 4.5 inci IPS
* Quad-Core 1.2 Ghz Qualcomm Snapdragon
* Android 4.1 ( Jelly Bean )
* Kamera 5MP ( belakang ) + 0.3 MP ( hadapan )
* Dua Sim Dua Stanby
* Dolby Digital Plus Surround
* RAM 1GB + 4GB ( Mikro sd sehingga 32GB )
* Bateri 1750 mAH




*Maaf jika tersalah taip atau penggunaan bahasa :)

Iphone 6 dikhabarkan mempunyai skrin "wraparound".....????!!!






    Setiap hari,,setiap bulan,,setiap tahun, kita tidak pernah jemu akan berita tentang smartphone dan juga teknologi. Baru-baru ini Apple telah mengejutkan seluruh negara dengan memperkenalkan pengesanan cap jari yang pertama dalam sejarah smartphone pada Iphone 5S dan kali ini, admin menerima khabar tentang konsep Iphone 6 yang akan mempunyai skrin jenis "wraparound" iaitu bahagian tepi smartphone tersebut akan mempunyai skrin. Jika pengguna hendak melaraskan volume, pengguna hanya perlu menyentuh sedikit pada bahagian tepi seperti smartphone biasa. Iphone 6 juga dikatakan bakal menggunakan skrin 4.9 inci dengan resolusi mencecah 4K ( 4096 X 2160 ). Perkara ini hanyalah khabar angin sahaja dan pihak Apple juga belum lagi mengeluarkan apa-apa tentang Iphone 6 mahupun dalaman dan juga luaran konsep smartphone tersebut.


* Skrin melengkung dah ada...Kali ni skrin jenis "wraparound".....Lepas nie ape??? hehehe


*Maaf jika tersalah taip ataupun penggunaan bahasa