Aliff Danial

My photo
My name is Aliff Danial. 17 years old. Like anime and games. Technology is the main factor who i am. Malaysian proud. :)

Monday 20 January 2014

Samsung Galaxy S4 Active . Kalis Air Kalis Debu IP67


                                                                                                     

       Samsung Galaxy S4 Active 


Skrin 5 inci Full HD
Kalis Air Dan Debu ( Diperakui IP67 )







Disediakan dalam 3 warna yang berbeza



Samsung memperkenalkan peranti High-End mereka yang bersifat kalis air dan kalis debu. Ia diperakui daripada IP 67 iaitu Samsung Galaxy S4 Active. Ramai pihak mengatakan bahawa ia adalah pencabar utama Sony Xperia Z yang juga bersifat kalis air dan debu

Prosessor :- 
Samsung Galaxy S4 Active mempunyai cip empat-teras yang berkelajuan 1.9Ghz. Ia menggunakan prosessor daripada Qualcomm Snapdragon 600 dan GPU daripada Adreno 320. Ia merupakan sebuah prosessor yang hebat dan banyak digunakan untuk tujuan menjalankan "multitasking" dengan lancar.

Skrin :- 
Peranti ini mempunyai skrin sebesar 5 inci dengan TouchWiz UI dan resolusi mencecah Full HD ( 1920 x 1080 ). Kepadatan piksel juga adalah 441 ppi dimana paparan tetap terang walaupun berada dibawah cahaya matahari yang terang. Skrin yang besar bermakna pengguna dapat menonton video dan bermain permainan android dengan selesa sekali.

Kamera :- 
Kamera pada Samsung Galaxy S4 Active serba sedikit berubah daripada Galaxy S4. Resolusi kamera S4 Active ialah 8MP berbanding S4 yang mempunyai 13MP. Namun, ia masih mengekalkan mode pergambaran yang sama seperti S4 iaitu Drama Shot , Sound and Shot dan HDR. Justeru, Samsung menambahkan satu lagi mode khas kepada S4 Active iaitu Aqua Mode dimana pengguna dapat menangkap gambar dan video didalam air.

Android OS :- 
Samsung Galaxy S4 Active didatangkan dengan Android 4.2.2 ( Jelly Bean ). Ia juga didatangkan dengan Touchwiz UI khas daripada Samsung dan juga aplikasi yang tersedia ada seperti Gmail , Game Hub dan sebagainya.

Memori :- 
Peranti ini mempunyai RAM yang besar iaitu 2GB yang bertujuan untuk "multitasking" yang lancar. Selain itu, memori dalaman pula ialah 16GB dan dianggarkan terdapat 11GB untuk digunakkan oleh pengguna. Jika memori dalaman tidak mencukupi,,usah risau kerana S4 Active ini menyokong kad tambahan Mikro SD sehingga 64GB.

Bateri :- 
Bateri pada Galaxy S4 Active ialah sebesar 2600 mAH Li-ion. Ia masih lagi dapat dikatakan dalam tahap yang memuaskan untuk aktiviti penggunaan harian. Disamping itu, untuk mengelakkan bateri daripada cepat habis , pengguna dapat mengaktifkan fungsi Power Saving Mode untuk menjimatkan lagi bateri daripada cepat habis.

Kalis Air dan Debu ( Diperakui IP 67 ) :- 
Selain Sony Xperia Z , ZR dan Z1 dimana ketiga-tiga model ini peranti kalis air dan debu. Samsung Galaxy S4 Active juga merupakan peranti kalis air dan debu. Ia diperakui daripada IP 67. Galaxy S4 Active dapat direndamkan didalam air sedalam 1 meter selama 30 minit.

Rangkaian :- 
Samsung Galaxy S4 Active akan didapati dalam versi 3G dan dua versi 4G iaitu 4G LTE dan 4G LTE-A. Versi 4G LTE-A merupakan peningkatan dari segi prosessor dan kelajuan HSPA berbanding 4G LTE. 


Spesifikasi Samsung Galaxy S4 Active :-                                                                               RM 1699
* Skrin 5 inci Full HD  
* Android 4.2.2 ( Jelly Bean ) 
* Quad-core 1.9 Ghz Qualcomm Snapdragon 600 Adreno 320 
* Kamera 8MP ( belakang ) + 1.9MP ( hadapan ) 
* Perakaman 1080p 
* RAM 2GB 
* Memori dalaman 16GB ( 11GB disediakan ) + kad mikro sd sehingga 64GB 
* Bateri 2600 mAH 
* Mod Aqua untuk penggambaran didalam air 
* Kalis Air dan Debu ( diperakui IP 67 )

Untuk Maklumat Lanjut ----->  http://www.phonearena.com/phones/Samsung-Galaxy-S4-Active_id7840

                                           
                                                                      Video Review Samsung Galaxy S4 Active




Sumber Maklumat Daripada GSM Arena
Sumber Video Daripada PhoneArena

No comments:

Post a Comment