Aliff Danial

My photo
My name is Aliff Danial. 17 years old. Like anime and games. Technology is the main factor who i am. Malaysian proud. :)

Saturday, 7 December 2013

LENOVO A850....Phablet Terhandal "Series" A Daripada Lenovo...!!!


Lenovo Ideaphone A850


Skrin 5.5 inci sesuai untuk tontonan video dan bermain games

Hanya terdapat butang volume pada sisi kanan manakala tiada apa-apa pada sisi kiri
Mempunyai 3.5mm Earjack dan butang ON/OFF pada bahagian atas
manakala bahagian bawah hanya terdapat port untuk mengecas dan file transfer.


        Lenovo semakin kerap memasukkan smartphone mereka kedalam pasaran Malaysia dan yang terbaru pihak Lenovo melancarkan phablet mereka seumpamanya iaitu Lenovo A850. Dilengkapi dengan skrin 5.5 inci yang sesuai untuk tontonan video mahupun permainan, kamera 5 MP, cip empat-teras, dan juga bateri yang tahan lama.

Processor :-
Dilengkapi dengan cip empat-teras 1.3 Ghz daripada prosessor Mediatek 6582 dengan GPU PowerVR SGX544. Cip empat-teras sangat cukup dan berkuasa untuk menjalankan pelbagai aplikasi yang berat dan juga masalah lagging tidak jadi masalah bagi peranti ini.

Skrin :-
Skrin sebesar 5.5 inci beresolusi  qHD (540 x 960) sudah cukup untuk para pengguna menikmati tontonan video dan juga bermain permainan video dengan selesa. Ia juga dapat menayangkan video mahupun gambar dengan skrin IPS mahupun dari sudut yang berlainan dengan sokongan 178 darjah.

Kamera :-
Kamera pada Lenovo A850 tidak mengecewakan kepada para pengguna kerana ia mempunyai resolusi kamera mencecah sehingga 5MP dengan sokongan Geo-tangging, Touch Focus dan juga perakaman HD (720p). Kamera hadapan hanyalah beresolusi 0.3 MP dan ia sangat berguna untuk tujuan panggilan video seperti Skype dan juga mengambil gambar sendiri.

Android OS :-
Lenovo A850 didatangkan dengan Android 4.2.2 ( Jelly Bean ) iaitu OS daripada Google Inc. Android 4.2.2 membawakan antaramuka kamera yang baharu, paparanmuka "keyboard" yang baharu dan juga sistem terkini Google seperti Google Now , Google Maps dan sebagainya. Tambahan pula, pengguna dapat menggunakan GPS walaupun tiada sambungan internet.

Memori :-
Peranti ini mempunyai RAM sebesar 1GB yang cukup untuk menjalankan pelbagai aplikasi tanpa sebarang masalah dan juga mempunyai memori dalaman mencecah 4GB yang dapat memuatkan pelbagai aplikasi daripada Google PlayStore. Ia juga menyokong sokongan kad mikro sd sehingga 32GB dimana pengguna tidak perlu risau lagi akan kekurangan memori.

Bateri :-
Bateri pada Lenovo A850 adalah sebesar 2250 mAH yang cukup untuk tontonan video selama 6 jam tanpa henti dan juga masa bual yang panjang dengan rakan-rakan anda.

Dua Sim Dua Stanby :-
Lenovo selalu megeluarkan smartphone yang menyokong dua sim dua stanby dan Lenovo A850 adalah salah satu daripada golongan tersebut dimana anda dapat menggunakan dua nombor dalam satu handphone.


Spesifikasi Lenovo A850 :-                                                                                   Harga : RM 699
* Skrin 5.5 inci qHD
* Android 4.2.2 ( Jelly Bean )
* Quad-Core 1.3 Ghz Mediatek 6582
* Kamera 5MP ( belakang ) dan 0.3 MP ( hadapan )
* Perakaman HD ( 720p )
* RAM 1GB
* 4GB Internal  ( mikro sd sehingga 32GB)
* Dua sim dua stanby
* Bateri 2250 mAH
* Penggunaan GPS secara offline


Untuk Maklumat Lanjut ----> http://shopap.lenovo.com/my/en/smartphones/a-series/a850/#techspecs


Video tentang Lenovo Ideaphone A850 




Sumber Daripada Lenovo Malaysia :)

No comments:

Post a Comment